Sunday, July 25, 2010

SOALAN : Asal mutual friends kau dengan budak tuh ramai sangat sampai 200lebih? Dah tuh majority satu sekolah plak dengan kau and budak tuh.

Hi, salam! Kembali mengaktifkan diri dengan blog. Maaf ya, sedikit ehh bukan bukan. Banyak sibuk ah sekarang neh.

Hari tuh adalah seorang manusia tetiba hit inbox aku tnya soalan di atas. Mana? kat title tuh haa. Tetiba aku merasakan soalan yang ditanyanya sangat pelik dan jarang sekali lah orang tanya soalan sebegitu rupa kat aku.

Mungkin sebab dia pun pelik, so dia tanya soalan yang pelik pelik kat aku. Pada aku dan rakan rakan sekolah aku, Situation itu tidak lah pelik memandangkan kami memang sangat ramai. Ya lah, mungkin ada orang xpernah tahu ada je sekolah yang satu form pun budak dah 300lebih . Dan ada 16 kelas untuk satu form. Ramai kan? Begitu lah suasana sekolah aku.

Best sebenarnya ramai rakan batch tapi kelemahannya, it's impossible to us to remember every single member in that batch. Kalau setakat muka maybe boleh ingat, tapi nama tuh ramai je yang fail. Even aku pun :)


Bila lah mau buat gathering besar besar neh. Aku rindu nak jumpa semua orang :)


Nota kaki : Aku dah mula berniaga :)


0 Minit Mesyuarat:

Post a Comment