Saturday, October 16, 2010

Isu Perempuan dan Mekanikal

Kalau ada yang cakap, belajar engineering sangat senang. Memang dah lama aku pergi cari orang tuh dan lempang laju-laju. Haha. *calm*



Engineering pada aku bukan lah subject yang senang dan jugak bukan suatu subject yang susah. Pergh,xboleh blah ayat aku. Mesti betul kan. Life as an engineering student adalah sangat sangat challenging. Bagi aku lah. Mungkin sebab aku neh perempuan. Dan kos yang aku belajar sekarang pun kos yang aku rasa kalau kat dalam kelas boleh bilang dengan jari je berapa kerat kaum perempuan neh. Xpercaya? Aku boleh kasi korang pinjam jari-jari aku kalau xcukup. Haha.



Hari neh nak membebel pasal perempuan dan mekanikal. Kadang-kadang pelik jugak. Bila sebut je ada perempuan ambil kos mekanikal. First statement yang keluar mesti dashyat macam.


“Gile kentang ah kau ambil mechi!”


“Pergh! Kau budak mechi? Dasat.”


Yang lagi xboleh blah bila keluar statement.


“Kau neh mesti lasak and kasar kan? Mechi tuh bukan ramai lelaki ke?”


“Macam mana kau nak kerja dalam lab. Lembik je aku tengok. Tipu ah kau budak mechi.”



Apa lah yang pelik sangat bila dengar perempuan ambil kos mekanikal. Kalau nak compare ratio lelaki dengan perempuan yang belajar mekanikal. Memang terang-terang lah perempuan neh berkerat-kerat ja. Tapi perlu ke simply cakap perempuan xsesuai belajar mekanikal? Perempuan zaman sekarang bukan macam perempuan zaman mak-mak kita. Yang pakai kain batik duduk kat dapur buat kerja. Perempuan sekarang pantang dicabar tau. Wahai lelaki. Jangan ingat korang je yang jenis pantang dicabar. Kalau lelaki boleh buat. Xkan perempuan xboleh. Tapi kalau perempuan boleh buat. Lelaki mesti xboleh. Haha. *double-jerk*



Okay. Back to the main point. Perempuan dan Mekanikal secara khususnya as aku sekarang berada dalam group yang ini. Nasihat untuk adik adik perempuan yang berminat. Teruskan niat. You won’t regret though it is tough but it is fun to learn. Part keciwa tuh aku xjamin. Sebab aku pun pernah sekali regret masa first sem belajar.



Bila kita belajar dengan ramai lelaki. Kadang-kadang mencabar kita sendiri. Kalau lelaki boleh buat, xkan kita nak tengok je kan? Sebab tuh lah aku cakap. Perempuan sekarang pantang dicabar. Xpercaya? Jom pergi buat research ramai-ramai kat fakulti aku.



So, buat kawan-kawan perempuan saya di luar sana yang berniat menceburi bidang mekanikal kerana minat. Sila teruskan nawaitu anda. Ia nya sesuatu yang baik. Bukan yang buruk buat anda. Percaya lah. Dah ramai perempuan jump into this field dan berjaya at the end. And, kita jugak akan menjadi salah seorang dari mereka yang berjaya. InsyaAllah.

0 Minit Mesyuarat:

Post a Comment