Saturday, October 16, 2010

Isu Perempuan dan Mekanikal

Kalau ada yang cakap, belajar engineering sangat senang. Memang dah lama aku pergi cari orang tuh dan lempang laju-laju. Haha. *calm*



Engineering pada aku bukan lah subject yang senang dan jugak bukan suatu subject yang susah. Pergh,xboleh blah ayat aku. Mesti betul kan. Life as an engineering student adalah sangat sangat challenging. Bagi aku lah. Mungkin sebab aku neh perempuan. Dan kos yang aku belajar sekarang pun kos yang aku rasa kalau kat dalam kelas boleh bilang dengan jari je berapa kerat kaum perempuan neh. Xpercaya? Aku boleh kasi korang pinjam jari-jari aku kalau xcukup. Haha.



Hari neh nak membebel pasal perempuan dan mekanikal. Kadang-kadang pelik jugak. Bila sebut je ada perempuan ambil kos mekanikal. First statement yang keluar mesti dashyat macam.


“Gile kentang ah kau ambil mechi!”


“Pergh! Kau budak mechi? Dasat.”


Yang lagi xboleh blah bila keluar statement.


“Kau neh mesti lasak and kasar kan? Mechi tuh bukan ramai lelaki ke?”


“Macam mana kau nak kerja dalam lab. Lembik je aku tengok. Tipu ah kau budak mechi.”



Apa lah yang pelik sangat bila dengar perempuan ambil kos mekanikal. Kalau nak compare ratio lelaki dengan perempuan yang belajar mekanikal. Memang terang-terang lah perempuan neh berkerat-kerat ja. Tapi perlu ke simply cakap perempuan xsesuai belajar mekanikal? Perempuan zaman sekarang bukan macam perempuan zaman mak-mak kita. Yang pakai kain batik duduk kat dapur buat kerja. Perempuan sekarang pantang dicabar tau. Wahai lelaki. Jangan ingat korang je yang jenis pantang dicabar. Kalau lelaki boleh buat. Xkan perempuan xboleh. Tapi kalau perempuan boleh buat. Lelaki mesti xboleh. Haha. *double-jerk*



Okay. Back to the main point. Perempuan dan Mekanikal secara khususnya as aku sekarang berada dalam group yang ini. Nasihat untuk adik adik perempuan yang berminat. Teruskan niat. You won’t regret though it is tough but it is fun to learn. Part keciwa tuh aku xjamin. Sebab aku pun pernah sekali regret masa first sem belajar.



Bila kita belajar dengan ramai lelaki. Kadang-kadang mencabar kita sendiri. Kalau lelaki boleh buat, xkan kita nak tengok je kan? Sebab tuh lah aku cakap. Perempuan sekarang pantang dicabar. Xpercaya? Jom pergi buat research ramai-ramai kat fakulti aku.



So, buat kawan-kawan perempuan saya di luar sana yang berniat menceburi bidang mekanikal kerana minat. Sila teruskan nawaitu anda. Ia nya sesuatu yang baik. Bukan yang buruk buat anda. Percaya lah. Dah ramai perempuan jump into this field dan berjaya at the end. And, kita jugak akan menjadi salah seorang dari mereka yang berjaya. InsyaAllah.

Finally, I am a blogger again.

Tiba-tiba ringan pulak jari neh nak menaip ayat yang panjang. Dah lama xmenaip melainkan menaip assignment untuk disubmit. Rindu mahu berblog kembali. Ada blog. Ada cerita. Seronok. Macam dulu-dulu. Blog tempat aku menulis apa yang aku suka, apa yang aku benci, bila masanya aku jatuh cinta. Oppss. Bukan. Blog umpama diari harian aku.


Dah lama bergelar blogger. Cuma tak aktif macam blogger-blogger lain. Mungkin xbanyak cerita yang boleh aku kongsi. Well, my life is like a bottle full with water. I fill it when i wanted it and i let it empty when i got another new bottle. Macam mana? Ala, macam bila kita suka. Kita rasa kita ada life. Bila suatu hari sampai dah xcukup tanah nak pijak. Kita rasa macam nak lari jauh-jauh dari real life and find a new life yang full dengan apa yang kita wish to have. Apa yang aku mengarut neh?


Sincerely cakap, to story about my daily life is like reading a blank sheet. Haha. Gila annoying kan? Xda lah too blank sampai xda benda nak cakap. But life macam aku bukan lah something yang seronok. Pagi-pagi bangun, siap-siap pergi kelas. Petang balik kelas, tengok tv jap then online jap, pehtu jenguk buku kejap. See. Sadis ja kan. Aku pun kadang-kadang sedih dengan life aku. Plain and blank. Same as empty.


I feel like nak bertukar! BERTUKAR!!!! To have kind of happening, joyful life is my wish. But how? Apa yang aku nampak sekarang is blogging. Tells people what makes you are special then others. Maybe a sporting parents, lovely boyfriend, understanding friends and so on. Boleh ke macam tuh? Macam gila riak kan? But, it worth a try. Xsalah kan? Aku cuba untuk memperbaiki dan menjadi aku yang baru.



Really hope, apa yang aku cuba sampaikan di sini. Buat kamu semua tersenyum. Eventhough bukan aku yang happy. But I will be happy if you guys happy. *smile*

Sunday, August 8, 2010

Saya suka blog saya di'stalk' :)

Hi, salam. Kenapa semester neh rasa sangat sibuk mengalahkan PM
naik turun parlimen je neh. Haila, kadang-kadang rasa xcukup tanah je terkejar sana sini. Yahuu, bulan puasa datang lagi. Harap sangat dapat puasa full without any obstacles. Nanti boleh claim duit raya kat Abang W. Hehe.


Orang cakap, bulan puasa neh bulan kaut duit. Betul ke? Kalau betul, aku pun nak lah. Kehkehkeh. By the way, aku dah start pun bisnes baju aku. So far alhamdulillah. First time berniaga, dapat untung 2 3 ringgit pun senyum sampai ke telinga. Baru tahu, rupanya best berniaga neh :)


Bercakap pasal tajuk entry neh. Sirius, aku memang suka blog aku distalk orang. Suka sangat! Happy happy dan happy. Terasa sangat glemer je bila tengok trafik blog tinggi. Well, aku tahu yang aku xmungkin boleh beat trafik blog blog yang glamer tapi tah. Aku suka. Mungkin sebab neh aku selalu jadi silent stalker kot. Teehee..









Thursday, August 5, 2010

Action : Awak, saya dah lama sukakan awak. Reaction : Oh, yeke?

Guten Tag! Hari neh aku xde kelas langsung. Diulang. Xde kelas LANGSUNG. Haha. tetiba gatal jari pergi caps. Sengal.


Tetiba aku terasa nak kenang kisah cintan zaman matrik aku. Alhamdulillah, entah napa aku sangat berbangga dengan status aku masa kat matrik dulu. Maybe sebab kawan kawan lain sibuk berkepit sana sini dalam kampus kot dan aku duduk lepak buang masa sambil makan fries kat BBC.


Okay, actually kisah cintan aku neh bermula since aku Form 4. Aku adalah admire sorang mamat neh. Dia neh senior adik aku. Aku kenal pun melalui cerita-cerita adik aku. Tiap-tiap kali aku balik rumah untuk pulang bermalam hujung minggu. Mesti cerita mengenai orang yang sama cuma versi je lain-lain.

"Along, along nak tau dak. Abang W tuh baik dengan adik."

"Along, hari tuh Abang W tuh belanja adik sebab adik xcukup duit."

"Along, Abang W ajaq adik main saxophone. Adik siap boleh main lagu lagi."

Dan seterusnya..


Aku neh jenis curious sikit. Kalau ada gosip dengan kawan-kawan mesti aku yang sibuk sibuk nak tahu siapa orang tuh. Annoying kan? So, kebetulan pula suatu hari neh si Abang W tuh hantar sms kat adik aku nak suruh turun training band hujung minggu pun. Mula mula aku buat xtau ja dengan mesej tuh. Yalah, bukan ada kaitan dengan hidup mati aku pun. Tapi bapak syaitan mana tah gatal dok tackle tackle aku suruh reply mesej tuh. Damn u lah syaitan. Kau kalau bab cintan cintun neh memang penyebok nombor satu. Aku pun reply mesej tuh dan terus bersms dengan Abang W tuh sampai lah aku masuk matrik.


Masuk matrik, aku mula rapat di awal semester satu hingga ke pertengahan semester. Then, putus connection jap gara-gara satu mesej. Status aku masih lagi single yah ketika itu. No declaration ke notification ke apa. Then, masuk semester dua, line okay balik. Bila ingat balik gedik jugak aku rasa. Sebabnya :

Trick 1 : Tiap-tiap minggu beli nota physic dan pos nota pada Abang W dah macam satu kerja bagi aku tanpa dibayar gaji.

Trick 2 : Pura-pura xtahu jawab soalan tutor semata-mata nak call Abang W tanya soalan yang buat-buat xpaham tadi. So that, aku berpeluang dengar suara dia.


Tengok, gedikkan? Trick trick tuh berlangsung sehingga lah aku tamat program matrikulasi aku. Ehh, salah salah. Sampai study week je. Dan pada suatu hari. Tetiba dapat panggilan telefon dari Abang W. Selalunya aku yang call dia sebab nak tanya soalan yang aku xtahu. Well, it's a trick kan? Aku pun jawab lah call tuh.

W : Hello, assalamualaikum?
H : Waalaikumsalam.
W: Buat apa ja?
H : Dok study kimia. Kenapa?
W : Saja call.
....
Sembang punya sembang. Sampai lah plot yang ditunggu-tunggu.

W : Hanis, nak gtau neh?
H : Ya, nak gtau apa?
W : Sebenarnya.. [ Cakap sambil tutup muka dengan bantal ]
H : Ya, ada apa?
W : W dah lama suka kat Hanis [Agak agak mesti tengah blushing kan?]
H : Oh, yeke? Sama lah [*blushing squared]
....
And the rest is history.


Begitulah ceritanya, sesungguhnya tersangat lah susah untuk menunggu orang yang kita tunggu meluahkan perasaannya pada kita. Apa-apa pun, aku sayang Abang W.



Nota kaki : Blog umpama diari, tulis lah apa yang terjadi atau yang pernah terjadi :)

Wednesday, August 4, 2010

Sibuk di Sekolah :((

Hi, salam! Lama betul xmenaip karangan standard SPM kat sini. Saya sibuk okay! Itu adalah alasan yang sangat betul dan sila percaya.

Aku rasa semester neh memang super sibuk plus super terkejar sana sini. Entah napa. Nak cakap subjek banyak jam kredit maintain je. Agaknya aku je kot yang perasan sibuk padahal x pun. Kahkahkah. Ianya kelakar okay!

Bila dah lama xmenulis neh, aku dah xtahu apa yang nak dicerita. Pasal boyfriend? Uhh, malas! Kenapa perlu menulis kisah percintaan yang aku anggap sensitip di sini. Xperlu xperlu! Nak tulis apa neh? Bangang kan? Tengah menaip pun lagi nak tanya nak tulis apa. Adushh, Hanis Hanis!


Maap lah, otak aku neh super tepu and xboleh nak fikir luar kotak. So, sekarang cepat cepat imagine korang berada di dalam kotak bersama Ateeqa Hanis. Gila bangang kuasa dua kan? Dah dah, stop sini je. Nanti aku dah ada benda nak menulis aku tulis. Oraitt kawan kawan?



Nota kaki : Cepatnya masa berlalu, dah nak raya dah. :))

Tuesday, July 27, 2010

Nak Buat Come Back Macam Artis Hot Lah!

Hi, salam! Terasa sangat lama xmenaip beratus- ratus perkataan seperti menulis karangan SPM kat dashboard blog neh. Teruk betul kan Ateeqa Hanis neh. Damn u lah pemalas! Haha.

Aku mesti kembali menulis! Yes. Aku mesti rajin menulis sekarang neh. Kalau x aku akan jadi seorang gadis cantekk yang pemalas. Oh. sungguh tidak merdu yah ayat tersebut. Tah asal tetiba Ateeqa Hanis neh jadi pemalas pun x tau lah. Dah terjangkit virus Malas yang dah mula aktif reproduce kot. Haha.

Nak buat come back lagi lah! Okay, dulu aku dah pernah buat come back. Dah berjaya lah juga menarik readers untuk lepak kat blog aku. Tapi tuh masa sebelum blog neh wujud lagi. Ayat xboleh blah kan, gaya supermodel hot ja. Haha.

Kawan-kawan datang lah lepak kat blog aku neh selalu. Ajak kawan-kawan sekali. Aku suka tengok traffic aku sesak. Pergh, ayat artis hot keluar lagi. Haha. Tapi betul wess, aku kalau view blog sendiri mesti tengok traffic dulu. Alah, bukan aku je yang buat macam tuh. Korang pun kan? Lepas tuh sebok sebok blogwalking semata nak check traffic blog orang lain. Gila gedik kan? Haha.

Blogwalking. Dua tiga menjak neh aku memang x pernah blogwalking. Gila malas kan? Aku dah cakap dah. Aku memang malas pun. Haishh. Bukan bajet hot ke apa xberjalan jalan di blog blog lain. Just that aku busy sangat. Ada orang pernah cakap kat aku, " Apa kau ingat blog kau hebat macam blog Hanis Zalikha ke? Xpayah susah susah blogwalking pun traffic sentiasa jam." Jadi, memikirkan aku xlah seHot Hanis Zalikha, aku kena rajin blogwalking ke blog blog lain.

Cukup. Cukup lah sampai sini aku membebel. Aku nak g ziarah rukun tetangga yang lain lak. :)


Nota kaki : Aktifkan dirimu dengan blogspot :))

Sunday, July 25, 2010

SOALAN : Asal mutual friends kau dengan budak tuh ramai sangat sampai 200lebih? Dah tuh majority satu sekolah plak dengan kau and budak tuh.

Hi, salam! Kembali mengaktifkan diri dengan blog. Maaf ya, sedikit ehh bukan bukan. Banyak sibuk ah sekarang neh.

Hari tuh adalah seorang manusia tetiba hit inbox aku tnya soalan di atas. Mana? kat title tuh haa. Tetiba aku merasakan soalan yang ditanyanya sangat pelik dan jarang sekali lah orang tanya soalan sebegitu rupa kat aku.

Mungkin sebab dia pun pelik, so dia tanya soalan yang pelik pelik kat aku. Pada aku dan rakan rakan sekolah aku, Situation itu tidak lah pelik memandangkan kami memang sangat ramai. Ya lah, mungkin ada orang xpernah tahu ada je sekolah yang satu form pun budak dah 300lebih . Dan ada 16 kelas untuk satu form. Ramai kan? Begitu lah suasana sekolah aku.

Best sebenarnya ramai rakan batch tapi kelemahannya, it's impossible to us to remember every single member in that batch. Kalau setakat muka maybe boleh ingat, tapi nama tuh ramai je yang fail. Even aku pun :)


Bila lah mau buat gathering besar besar neh. Aku rindu nak jumpa semua orang :)


Nota kaki : Aku dah mula berniaga :)


Wednesday, July 21, 2010

Apa kau ingat kau hebat sangat? Design complicated! Kau yang nak fabricate ke aku haa?

Hi, salam! Cool cool! Tajuk je bikin panas. Padahal dalam hati ada taman. Haha. Apakah kaitan? Baru je selesai meeting Robogamez. Penat plus bertambah berat kepala plus kerja dah start menimbun. Omaigad! Ateeqa Hanis kembali sibuk.

Sejak bila Ateeqa Hanis pandai buang masa join Robotic Team segala bagai neh? Haha. Entah aku pun xtau. Stop stop! Xmau bebel pasal tuh. Nak cakap pasal projek Robot aku je. Yeehaww! Ini lah yang terjadi apabila mechanical designer adalah budak electrical. Bukan nak kutuk diorang xbagus. Jangan salah paham yaw! Diorang sangat bagus. Sirius cakap you. Even aku Mekanikal pun xboleh keluarkan design sebegitu. Yang aku tahu adalah ngumpat kat belakang diorang yang design diorang tuh x efisen Okay! Tipu tipu.


Akibat design yang diberikan sangat menarik. Free free je aku dapat kerja design. Tuh ah kau Hanis, kerja mengkritik je apa kau ingat kau Pak Nil ke? Haha. Xpe, aku xkesah pun. Idea datang mencurah curah. Korang nak bet design siapa paling cool ke? Haha. Jom jom! Memang super cool ah kalau robot tuh kaler pink! Haha.


Robogamez neh pun keling jugak aku rasa, asyik tukar date je. Apa diorang ingat diorang hot sangat ke main tuka tuka date sesedap rasa. Apa apa pun, untuk FKM Robotic Team good luck! Jom buat kerja jom!


Nota kaki : Apa yang penting? KERJASAMA!

Siapa yang cakap bercinta tuh senang macam ABC?

Hi, salam! Ateeqa Hanis mahu membebel yaw. Susah kan bila diri dah ada orang booking neh? Nak buat itu salah, ini xkena, itu yes, ini no no. Kadang-kadang naik rimas juga aku. Bila merungut kena marah. Susah susah.


Macam macam kan dunia? Bila jadi single susah, dah double pun susah. Haila. Lepas neh aku rasa nak jadi janda la plak. Haha. Okay x?

Tuesday, July 20, 2010

Sesat di Fakulti Pengurusan Perniagaan bersama Mashitah Rahim sebab bajet hot macam budak business padahal cari tangga pun xjumpa. Haha.

Hi, salam! Hari neh hari jalan jalan satu UiTM yaw! Haha. Aku dan Mashitah Rahim ke Fakulti Pengurusan Perniagaan sebab ada urusan nak ambil student id Kak Rina aku.

Alkisah haru neh is kami sesat di fakulti bisnes. Haha. Lawak! Sila gelak bersama. Pada mula nya, kami melangkah dengan penuh bergaya konon budak bisnes sejati ah sambil mengendong buku Vector Mechanics for Engineer, haha. Merewang kami mencari pejabat akademik. Nasib baik senang cari. Tapi tuh bukan destinasi kami. Padan muka. Malu lagi. Haha. Lepas dah jumpa dengan orang kat office tuh, kami meneruskan langkah dengan begitu megah bercampur perasaan teruja dan sedikit pelik melihat ramai pelajar perempuan di kiri dan kanan koridor. Sirius teruja babe.

Sambil berjalan dengan suka rianya plus bajet hot tahu semua jalan kat fakulti tuh. Kami, aku dan Mas sesat. Haha. Cari tangga xjumpa. Tuh lah kan, hot sangat. Then, kami pun merayau rayau lagi meneruskan misi mencari tangga yang xjumpa tadi. Akan tetapi, xjumpa juga. At last, pergi tanya sorang budak bisnes neh. Damn. Dah xhot dah sebab tanya orang tangga kat mana. Haha. Itu lah gunanya peribahasa melayu, malu bertanya sesat jalan. Tuh ah kau Mas, bajet hot sangat. Hahah, tetiba lak kan. Selesai satu hal. Then kami pergi merayau rayau lagi. Dan destinasi seterusnya is FSG. Dan sama jugak situasi di situ. Kami SESAT! Tapi, kali neh maintain macho je even orang pandang macam rusa masuk kampung. Haha.


Nota kaki : Nak try pergi kelas dengan memakai heel pulak ah.

Monday, July 19, 2010

Do i really need to do so doctor? No, you don't. I said, you don't have.

Hi, salam! Alkisah hari ini. Dating ehh bukan, it's a meeting with a doctor. Tadi aku ke pusat kesihatan. Haa, dah pergi pusat kesihatan agak-agak nak buat apa kat sana? What? Ambil ubat? It could be yes and it could be nope. Teehee. Dating? Yes yes! Opps. Hahaha. It's a meeting lah. Okay?

Alkisahnya. Tadi, aku dgn sorang kawan aku neh pergi pusat kesihatan sebab nak refer kes mata aku *ketumbit yang x mau hilang hilang. Cepat lak urusan kat PK hari neh, selalu nya berjam-jam baru settle, tapi hari ni x. Xsempat aku nak duduk dah dipanggil masuk. Dah makin efficient nampaknya Pk kat UiTM neh. Tahniah tahniah!

Elok ja aku masuk bilik rawatan, dalam hati cakap, "Alah, a man." Lemah juga aku kalau dapat doc lelaki neh, bukan nya aku suka. Aku x suka, sebab diorang neh x lembut macam doctor doctor perempuan (sengal lah kau Hanis memang ah x lembut sebab diorang kan lelaki bukannya auww, hahhaa). Okay okay!

Aku pun duduk lah, bermula lah sesi argument dalam bilik rawatan tuh. Argue punya argue then doc tuh kasi aku procedure yang sangat rumit. Damn ah, mana nak cari report kes ulser aku. Jaoh kot, xkuasa aku semata nak balik Kedah nak ambil report tuh then balik Shah Alam lak untuk follow up case. And aku pun xtahu ah doc tuh paham ke x apa aku gtau dia. Aku cakap lah untuk kes ulser aku tuh dah habis follow up. Tapi, dia nak juga argue, dia ingat aku neh budak Law kot suka debate debate. Dia nak juga suruh aku buat follow up plus dok ulang ayat yang sama. " No, you don't need that. I said, it's not urgent." Fine, memang xurgent pun, tapi kalau aku dah naik rimas hampir setahun benda tuh dok melekat kat mata aku, hangin juga aku tadi. Okay lah doc, you won't see me on the next appointment, susah betul. Baik aku balik Kedah buat operation then minta MC lama lama. Baru best. Hahaha.



Nota kaki : Dah xmau g PK dah. Merajuk!


Friday, July 16, 2010

Bila kerajaan umum minyak naik harga, korang bising. Bila kerajaan kata kerajaan bakal muflis, asal korang senyap?

Hi, salam! Hari neh harga minyak naik 5 sen lagi. So, apa korang punya pendapat? Ada any complains? Kadang kadang aku pelik jugak, ye ah maybe aku x guna kereta sendiri lagi sebab tuh aku pelik gamaknya. Pelik kenapa orang ramai bising sangat, complain sana sini bila harga minyak naik. Bila kerajaan cakap kerajaan bakal muflis sebab tanggung banyak sangt subsidi xde siapa pun bersuara nak bantah ke apa. Senyap je. Korang x pelik ke? Aku pelik, korang nak cakap aku neh species luar alam pun xkesah. *poyo je kan?

Semalam elok je aku dengan Incik Meggie nak pergi isi minyak kereta, terus cancel sebab terkejut tengok kereta yang sangat ramai beratur-ratur kat petrol pump tuh. Benda first terkeluar dari mulut aku is " Mesti esok minyak naik harga." Okay, aku main cakap je without baca any news yang cakap minyak petrol akan naik harga. Hebat jugak kan instinct aku? Hahah.

Setel bab isi minyak yang akhirnya kami xisi pun minyak. Sebab hampir semua petrol station sesak dengan kereta yang ramai. Diorang isi minyak ramai-ramai macam diorang xkan isi minyak dengan harga minyak yang baru dah lepas tuh. Then terus pergi lepak lepak makan makan kat mamat jap.

[Suasana di wall-wall Facebook]

Orang ramai complain minyak naik harga. Okay, kenapa perlu bising? Dulu naik sampai berbelas sen xde nak kecoh sangat. Last last senyap jugak. Ini baru naik 5 sen dah bising. Kalau lah gov announce subsidi minyak ditarik balik. Apa akan jadi kat negara kita neh agaknya ya?

Dah adat. Biasa lah tuh naik turun harga minyak. Cuba tengok negara lain. Ada pulak diorang subsidi macam kita? Xde kan? Xpe xpe. Nanti aku buat product baru,fuel dari air. Nak?


Nota kaki : Harga minyak naik or negara muflis. Mana satu korang nak?

Penulis Blog Underground

Hi, salam! Well, almaklum lah blog baru. Rajin pulak lah aku neh nak menulis. Gediks kan? Lantak ah apa orang nak cakap as long aku bahagia dengan hidup aku and x kacau hidup korang.

Nak jadi Blogger Underground pulak ah. Amacam? Korang rasa okay x? Cam best pulak bila aku fikir nak menulis blog underground neh. Xde sapa kesah apa yang aku tulis. Xde sapa tahu sapa yang aku ngumpatkan. Betul x? Okay, tipu tipu. Aku baik ah, xde kelas ah nak ngumpat orang dalam blog if and only orang tuh xcari pasal dengan aku in reality, memang aku xkan buat pasal.

Apa? Nanti xramai followers? Kalau boleh itu yang aku nak. Xramai followers, so xpayah lah aku kesah ada orang ke x yang nak baca post post aku. Kejam ke aku?

Bukan nak kejar glamour. Aku menulis hanya untuk suka suka. Bukan nak kejar glamour ke publisiti ke apa. Kalau followers ramai pun, macam diorang kenal je kita in reality. Betul x? Aku nak orang yang follow aku or orang yang aku follow blog nya tuh orang yang dikenali. Kalau boleh lah.

Lebih selesa begini. Aku lebih selesa menulis and xramai orang yang baca entry aku. X macam zaman jahiliyyah aku masa mula mula berjinak dengan dunia blog neh. Pantang aku jenguk blog orang, mesti aku follow. Kira macam taktik jugak ah sebab nak suruh orang yang kita follow tuh follow kita balik. Sehe, betul betul jahiliyyah kan? Hahah, kelakar plak bila dikenang.

Now, aku nak jadi penulis blog yang senyap kata orang silent blogger. Korang rasa berjaya x? Aku yakin x? Sebabnya, intensity masih pada menarik orang ramai membaca blog aku. Haishh, xtetap pendirian kan? X pe, mama aku selalu cakap. X salah kita mencuba! It's worth a trial.


Nota kaki : Hendak seribu daya, x hendak seribu dalih.

Thursday, July 15, 2010

Hello, Rapid Bus neh bapak kau punya ke?

Hi, salam semua. Blog baru again and again. Haila, macam mana lah aku nak buang perangai cepat bosan aku neh agaknya? Bosan dengan yang lama je, buat yang baru. Damn u lah Hanis! Hahaa, *chill!

Hello, Guten tag! Ich bin Hanis! Haha, hari neh first time aku attend kelas language. So, tahap keterujaan amat lah tinggi eventho tergeliat lidah-lidah nak sebut a single German word like Deutsch. But, it's okay. Kita kan masih dalam process learning lain lah kau lahir-lahir dah boleh cakap German dengan fluentnya.

"Hello! Rapid Bus neh your dad punya ke?".

Tadi on the way balik aku naik bas, as usual ah. Then, dalam bas tuh ada pula sorang Mamat neh entah ah. Maybe, rapid bus tuh bapak dia punya company kot. Dah tengok orang ramai dok berdiri tersepit-sepit, sesedap dia je conquer dua bijik seat. Cantek sungguh perangai, haishhh. Nasib lah aku neh jenis xcakap lepas depan orang, kalau x memang hangus Mamat tuh aku masak. Damn u ah. Aku rasa x salah pun kalau dia nak kasi orang duduk beside him, ini x. Bleh plak kasi bag dia yang 'duduk'. Hohh, panas je aku tengok tadi. Mana dengan pandang orang macam dia tuh macho tahap xingat. Memang lah, ishhh. Dah dah, nanti keluar plak perkataan perkataan exotic kat sini.

Just nak cakap lah, kata pun 1Malaysia, susah sangat ke nak berkongsi space dengan orang lain. Kalau rasa xboleh sangat, x payah naik public transport langsung. Mesti dunia x huru-hara plus orang lain pun x tambah dosa. X gitu?


Nota kaki : Sharing is caring yaw!