Saturday, October 16, 2010

Isu Perempuan dan Mekanikal

Kalau ada yang cakap, belajar engineering sangat senang. Memang dah lama aku pergi cari orang tuh dan lempang laju-laju. Haha. *calm*



Engineering pada aku bukan lah subject yang senang dan jugak bukan suatu subject yang susah. Pergh,xboleh blah ayat aku. Mesti betul kan. Life as an engineering student adalah sangat sangat challenging. Bagi aku lah. Mungkin sebab aku neh perempuan. Dan kos yang aku belajar sekarang pun kos yang aku rasa kalau kat dalam kelas boleh bilang dengan jari je berapa kerat kaum perempuan neh. Xpercaya? Aku boleh kasi korang pinjam jari-jari aku kalau xcukup. Haha.



Hari neh nak membebel pasal perempuan dan mekanikal. Kadang-kadang pelik jugak. Bila sebut je ada perempuan ambil kos mekanikal. First statement yang keluar mesti dashyat macam.


“Gile kentang ah kau ambil mechi!”


“Pergh! Kau budak mechi? Dasat.”


Yang lagi xboleh blah bila keluar statement.


“Kau neh mesti lasak and kasar kan? Mechi tuh bukan ramai lelaki ke?”


“Macam mana kau nak kerja dalam lab. Lembik je aku tengok. Tipu ah kau budak mechi.”



Apa lah yang pelik sangat bila dengar perempuan ambil kos mekanikal. Kalau nak compare ratio lelaki dengan perempuan yang belajar mekanikal. Memang terang-terang lah perempuan neh berkerat-kerat ja. Tapi perlu ke simply cakap perempuan xsesuai belajar mekanikal? Perempuan zaman sekarang bukan macam perempuan zaman mak-mak kita. Yang pakai kain batik duduk kat dapur buat kerja. Perempuan sekarang pantang dicabar tau. Wahai lelaki. Jangan ingat korang je yang jenis pantang dicabar. Kalau lelaki boleh buat. Xkan perempuan xboleh. Tapi kalau perempuan boleh buat. Lelaki mesti xboleh. Haha. *double-jerk*



Okay. Back to the main point. Perempuan dan Mekanikal secara khususnya as aku sekarang berada dalam group yang ini. Nasihat untuk adik adik perempuan yang berminat. Teruskan niat. You won’t regret though it is tough but it is fun to learn. Part keciwa tuh aku xjamin. Sebab aku pun pernah sekali regret masa first sem belajar.



Bila kita belajar dengan ramai lelaki. Kadang-kadang mencabar kita sendiri. Kalau lelaki boleh buat, xkan kita nak tengok je kan? Sebab tuh lah aku cakap. Perempuan sekarang pantang dicabar. Xpercaya? Jom pergi buat research ramai-ramai kat fakulti aku.



So, buat kawan-kawan perempuan saya di luar sana yang berniat menceburi bidang mekanikal kerana minat. Sila teruskan nawaitu anda. Ia nya sesuatu yang baik. Bukan yang buruk buat anda. Percaya lah. Dah ramai perempuan jump into this field dan berjaya at the end. And, kita jugak akan menjadi salah seorang dari mereka yang berjaya. InsyaAllah.

Finally, I am a blogger again.

Tiba-tiba ringan pulak jari neh nak menaip ayat yang panjang. Dah lama xmenaip melainkan menaip assignment untuk disubmit. Rindu mahu berblog kembali. Ada blog. Ada cerita. Seronok. Macam dulu-dulu. Blog tempat aku menulis apa yang aku suka, apa yang aku benci, bila masanya aku jatuh cinta. Oppss. Bukan. Blog umpama diari harian aku.


Dah lama bergelar blogger. Cuma tak aktif macam blogger-blogger lain. Mungkin xbanyak cerita yang boleh aku kongsi. Well, my life is like a bottle full with water. I fill it when i wanted it and i let it empty when i got another new bottle. Macam mana? Ala, macam bila kita suka. Kita rasa kita ada life. Bila suatu hari sampai dah xcukup tanah nak pijak. Kita rasa macam nak lari jauh-jauh dari real life and find a new life yang full dengan apa yang kita wish to have. Apa yang aku mengarut neh?


Sincerely cakap, to story about my daily life is like reading a blank sheet. Haha. Gila annoying kan? Xda lah too blank sampai xda benda nak cakap. But life macam aku bukan lah something yang seronok. Pagi-pagi bangun, siap-siap pergi kelas. Petang balik kelas, tengok tv jap then online jap, pehtu jenguk buku kejap. See. Sadis ja kan. Aku pun kadang-kadang sedih dengan life aku. Plain and blank. Same as empty.


I feel like nak bertukar! BERTUKAR!!!! To have kind of happening, joyful life is my wish. But how? Apa yang aku nampak sekarang is blogging. Tells people what makes you are special then others. Maybe a sporting parents, lovely boyfriend, understanding friends and so on. Boleh ke macam tuh? Macam gila riak kan? But, it worth a try. Xsalah kan? Aku cuba untuk memperbaiki dan menjadi aku yang baru.



Really hope, apa yang aku cuba sampaikan di sini. Buat kamu semua tersenyum. Eventhough bukan aku yang happy. But I will be happy if you guys happy. *smile*

Sunday, August 8, 2010

Saya suka blog saya di'stalk' :)

Hi, salam. Kenapa semester neh rasa sangat sibuk mengalahkan PM
naik turun parlimen je neh. Haila, kadang-kadang rasa xcukup tanah je terkejar sana sini. Yahuu, bulan puasa datang lagi. Harap sangat dapat puasa full without any obstacles. Nanti boleh claim duit raya kat Abang W. Hehe.


Orang cakap, bulan puasa neh bulan kaut duit. Betul ke? Kalau betul, aku pun nak lah. Kehkehkeh. By the way, aku dah start pun bisnes baju aku. So far alhamdulillah. First time berniaga, dapat untung 2 3 ringgit pun senyum sampai ke telinga. Baru tahu, rupanya best berniaga neh :)


Bercakap pasal tajuk entry neh. Sirius, aku memang suka blog aku distalk orang. Suka sangat! Happy happy dan happy. Terasa sangat glemer je bila tengok trafik blog tinggi. Well, aku tahu yang aku xmungkin boleh beat trafik blog blog yang glamer tapi tah. Aku suka. Mungkin sebab neh aku selalu jadi silent stalker kot. Teehee..









Thursday, August 5, 2010

Action : Awak, saya dah lama sukakan awak. Reaction : Oh, yeke?

Guten Tag! Hari neh aku xde kelas langsung. Diulang. Xde kelas LANGSUNG. Haha. tetiba gatal jari pergi caps. Sengal.


Tetiba aku terasa nak kenang kisah cintan zaman matrik aku. Alhamdulillah, entah napa aku sangat berbangga dengan status aku masa kat matrik dulu. Maybe sebab kawan kawan lain sibuk berkepit sana sini dalam kampus kot dan aku duduk lepak buang masa sambil makan fries kat BBC.


Okay, actually kisah cintan aku neh bermula since aku Form 4. Aku adalah admire sorang mamat neh. Dia neh senior adik aku. Aku kenal pun melalui cerita-cerita adik aku. Tiap-tiap kali aku balik rumah untuk pulang bermalam hujung minggu. Mesti cerita mengenai orang yang sama cuma versi je lain-lain.

"Along, along nak tau dak. Abang W tuh baik dengan adik."

"Along, hari tuh Abang W tuh belanja adik sebab adik xcukup duit."

"Along, Abang W ajaq adik main saxophone. Adik siap boleh main lagu lagi."

Dan seterusnya..


Aku neh jenis curious sikit. Kalau ada gosip dengan kawan-kawan mesti aku yang sibuk sibuk nak tahu siapa orang tuh. Annoying kan? So, kebetulan pula suatu hari neh si Abang W tuh hantar sms kat adik aku nak suruh turun training band hujung minggu pun. Mula mula aku buat xtau ja dengan mesej tuh. Yalah, bukan ada kaitan dengan hidup mati aku pun. Tapi bapak syaitan mana tah gatal dok tackle tackle aku suruh reply mesej tuh. Damn u lah syaitan. Kau kalau bab cintan cintun neh memang penyebok nombor satu. Aku pun reply mesej tuh dan terus bersms dengan Abang W tuh sampai lah aku masuk matrik.


Masuk matrik, aku mula rapat di awal semester satu hingga ke pertengahan semester. Then, putus connection jap gara-gara satu mesej. Status aku masih lagi single yah ketika itu. No declaration ke notification ke apa. Then, masuk semester dua, line okay balik. Bila ingat balik gedik jugak aku rasa. Sebabnya :

Trick 1 : Tiap-tiap minggu beli nota physic dan pos nota pada Abang W dah macam satu kerja bagi aku tanpa dibayar gaji.

Trick 2 : Pura-pura xtahu jawab soalan tutor semata-mata nak call Abang W tanya soalan yang buat-buat xpaham tadi. So that, aku berpeluang dengar suara dia.


Tengok, gedikkan? Trick trick tuh berlangsung sehingga lah aku tamat program matrikulasi aku. Ehh, salah salah. Sampai study week je. Dan pada suatu hari. Tetiba dapat panggilan telefon dari Abang W. Selalunya aku yang call dia sebab nak tanya soalan yang aku xtahu. Well, it's a trick kan? Aku pun jawab lah call tuh.

W : Hello, assalamualaikum?
H : Waalaikumsalam.
W: Buat apa ja?
H : Dok study kimia. Kenapa?
W : Saja call.
....
Sembang punya sembang. Sampai lah plot yang ditunggu-tunggu.

W : Hanis, nak gtau neh?
H : Ya, nak gtau apa?
W : Sebenarnya.. [ Cakap sambil tutup muka dengan bantal ]
H : Ya, ada apa?
W : W dah lama suka kat Hanis [Agak agak mesti tengah blushing kan?]
H : Oh, yeke? Sama lah [*blushing squared]
....
And the rest is history.


Begitulah ceritanya, sesungguhnya tersangat lah susah untuk menunggu orang yang kita tunggu meluahkan perasaannya pada kita. Apa-apa pun, aku sayang Abang W.



Nota kaki : Blog umpama diari, tulis lah apa yang terjadi atau yang pernah terjadi :)

Wednesday, August 4, 2010

Sibuk di Sekolah :((

Hi, salam! Lama betul xmenaip karangan standard SPM kat sini. Saya sibuk okay! Itu adalah alasan yang sangat betul dan sila percaya.

Aku rasa semester neh memang super sibuk plus super terkejar sana sini. Entah napa. Nak cakap subjek banyak jam kredit maintain je. Agaknya aku je kot yang perasan sibuk padahal x pun. Kahkahkah. Ianya kelakar okay!

Bila dah lama xmenulis neh, aku dah xtahu apa yang nak dicerita. Pasal boyfriend? Uhh, malas! Kenapa perlu menulis kisah percintaan yang aku anggap sensitip di sini. Xperlu xperlu! Nak tulis apa neh? Bangang kan? Tengah menaip pun lagi nak tanya nak tulis apa. Adushh, Hanis Hanis!


Maap lah, otak aku neh super tepu and xboleh nak fikir luar kotak. So, sekarang cepat cepat imagine korang berada di dalam kotak bersama Ateeqa Hanis. Gila bangang kuasa dua kan? Dah dah, stop sini je. Nanti aku dah ada benda nak menulis aku tulis. Oraitt kawan kawan?



Nota kaki : Cepatnya masa berlalu, dah nak raya dah. :))

Tuesday, July 27, 2010

Nak Buat Come Back Macam Artis Hot Lah!

Hi, salam! Terasa sangat lama xmenaip beratus- ratus perkataan seperti menulis karangan SPM kat dashboard blog neh. Teruk betul kan Ateeqa Hanis neh. Damn u lah pemalas! Haha.

Aku mesti kembali menulis! Yes. Aku mesti rajin menulis sekarang neh. Kalau x aku akan jadi seorang gadis cantekk yang pemalas. Oh. sungguh tidak merdu yah ayat tersebut. Tah asal tetiba Ateeqa Hanis neh jadi pemalas pun x tau lah. Dah terjangkit virus Malas yang dah mula aktif reproduce kot. Haha.

Nak buat come back lagi lah! Okay, dulu aku dah pernah buat come back. Dah berjaya lah juga menarik readers untuk lepak kat blog aku. Tapi tuh masa sebelum blog neh wujud lagi. Ayat xboleh blah kan, gaya supermodel hot ja. Haha.

Kawan-kawan datang lah lepak kat blog aku neh selalu. Ajak kawan-kawan sekali. Aku suka tengok traffic aku sesak. Pergh, ayat artis hot keluar lagi. Haha. Tapi betul wess, aku kalau view blog sendiri mesti tengok traffic dulu. Alah, bukan aku je yang buat macam tuh. Korang pun kan? Lepas tuh sebok sebok blogwalking semata nak check traffic blog orang lain. Gila gedik kan? Haha.

Blogwalking. Dua tiga menjak neh aku memang x pernah blogwalking. Gila malas kan? Aku dah cakap dah. Aku memang malas pun. Haishh. Bukan bajet hot ke apa xberjalan jalan di blog blog lain. Just that aku busy sangat. Ada orang pernah cakap kat aku, " Apa kau ingat blog kau hebat macam blog Hanis Zalikha ke? Xpayah susah susah blogwalking pun traffic sentiasa jam." Jadi, memikirkan aku xlah seHot Hanis Zalikha, aku kena rajin blogwalking ke blog blog lain.

Cukup. Cukup lah sampai sini aku membebel. Aku nak g ziarah rukun tetangga yang lain lak. :)


Nota kaki : Aktifkan dirimu dengan blogspot :))

Sunday, July 25, 2010

SOALAN : Asal mutual friends kau dengan budak tuh ramai sangat sampai 200lebih? Dah tuh majority satu sekolah plak dengan kau and budak tuh.

Hi, salam! Kembali mengaktifkan diri dengan blog. Maaf ya, sedikit ehh bukan bukan. Banyak sibuk ah sekarang neh.

Hari tuh adalah seorang manusia tetiba hit inbox aku tnya soalan di atas. Mana? kat title tuh haa. Tetiba aku merasakan soalan yang ditanyanya sangat pelik dan jarang sekali lah orang tanya soalan sebegitu rupa kat aku.

Mungkin sebab dia pun pelik, so dia tanya soalan yang pelik pelik kat aku. Pada aku dan rakan rakan sekolah aku, Situation itu tidak lah pelik memandangkan kami memang sangat ramai. Ya lah, mungkin ada orang xpernah tahu ada je sekolah yang satu form pun budak dah 300lebih . Dan ada 16 kelas untuk satu form. Ramai kan? Begitu lah suasana sekolah aku.

Best sebenarnya ramai rakan batch tapi kelemahannya, it's impossible to us to remember every single member in that batch. Kalau setakat muka maybe boleh ingat, tapi nama tuh ramai je yang fail. Even aku pun :)


Bila lah mau buat gathering besar besar neh. Aku rindu nak jumpa semua orang :)


Nota kaki : Aku dah mula berniaga :)