Thursday, August 5, 2010

Action : Awak, saya dah lama sukakan awak. Reaction : Oh, yeke?

Guten Tag! Hari neh aku xde kelas langsung. Diulang. Xde kelas LANGSUNG. Haha. tetiba gatal jari pergi caps. Sengal.


Tetiba aku terasa nak kenang kisah cintan zaman matrik aku. Alhamdulillah, entah napa aku sangat berbangga dengan status aku masa kat matrik dulu. Maybe sebab kawan kawan lain sibuk berkepit sana sini dalam kampus kot dan aku duduk lepak buang masa sambil makan fries kat BBC.


Okay, actually kisah cintan aku neh bermula since aku Form 4. Aku adalah admire sorang mamat neh. Dia neh senior adik aku. Aku kenal pun melalui cerita-cerita adik aku. Tiap-tiap kali aku balik rumah untuk pulang bermalam hujung minggu. Mesti cerita mengenai orang yang sama cuma versi je lain-lain.

"Along, along nak tau dak. Abang W tuh baik dengan adik."

"Along, hari tuh Abang W tuh belanja adik sebab adik xcukup duit."

"Along, Abang W ajaq adik main saxophone. Adik siap boleh main lagu lagi."

Dan seterusnya..


Aku neh jenis curious sikit. Kalau ada gosip dengan kawan-kawan mesti aku yang sibuk sibuk nak tahu siapa orang tuh. Annoying kan? So, kebetulan pula suatu hari neh si Abang W tuh hantar sms kat adik aku nak suruh turun training band hujung minggu pun. Mula mula aku buat xtau ja dengan mesej tuh. Yalah, bukan ada kaitan dengan hidup mati aku pun. Tapi bapak syaitan mana tah gatal dok tackle tackle aku suruh reply mesej tuh. Damn u lah syaitan. Kau kalau bab cintan cintun neh memang penyebok nombor satu. Aku pun reply mesej tuh dan terus bersms dengan Abang W tuh sampai lah aku masuk matrik.


Masuk matrik, aku mula rapat di awal semester satu hingga ke pertengahan semester. Then, putus connection jap gara-gara satu mesej. Status aku masih lagi single yah ketika itu. No declaration ke notification ke apa. Then, masuk semester dua, line okay balik. Bila ingat balik gedik jugak aku rasa. Sebabnya :

Trick 1 : Tiap-tiap minggu beli nota physic dan pos nota pada Abang W dah macam satu kerja bagi aku tanpa dibayar gaji.

Trick 2 : Pura-pura xtahu jawab soalan tutor semata-mata nak call Abang W tanya soalan yang buat-buat xpaham tadi. So that, aku berpeluang dengar suara dia.


Tengok, gedikkan? Trick trick tuh berlangsung sehingga lah aku tamat program matrikulasi aku. Ehh, salah salah. Sampai study week je. Dan pada suatu hari. Tetiba dapat panggilan telefon dari Abang W. Selalunya aku yang call dia sebab nak tanya soalan yang aku xtahu. Well, it's a trick kan? Aku pun jawab lah call tuh.

W : Hello, assalamualaikum?
H : Waalaikumsalam.
W: Buat apa ja?
H : Dok study kimia. Kenapa?
W : Saja call.
....
Sembang punya sembang. Sampai lah plot yang ditunggu-tunggu.

W : Hanis, nak gtau neh?
H : Ya, nak gtau apa?
W : Sebenarnya.. [ Cakap sambil tutup muka dengan bantal ]
H : Ya, ada apa?
W : W dah lama suka kat Hanis [Agak agak mesti tengah blushing kan?]
H : Oh, yeke? Sama lah [*blushing squared]
....
And the rest is history.


Begitulah ceritanya, sesungguhnya tersangat lah susah untuk menunggu orang yang kita tunggu meluahkan perasaannya pada kita. Apa-apa pun, aku sayang Abang W.



Nota kaki : Blog umpama diari, tulis lah apa yang terjadi atau yang pernah terjadi :)

2 Minit Mesyuarat:

Ateeqa Hanis said...

haha, kenapa Mas?

Mr. Asada said...

hahahaha.. habes tu, sekarang ni macamana?? masih dengan abang W??

Post a Comment